Feel It

Sunday, 28 July 2019

Formula Menjemput Rezeki

Formula menjemput Rezeki💕

1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat.  Makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT..

2.  TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya..

3.  AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat..

4.  ZIKIR - Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari..

5.  SOLAT BERJEMAAH, terutama lelaki.  Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih..

6.   SILATURRAHIM.  Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang..

7.  BERSEDEKAH. Sedekah punyai satu power yang Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali..

8.  SOLAT AWAL WAKTUSolatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat..

9.  BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH.  Jangan mengharapkan manusia di luar sana..

10.  TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Lain-lain:
1.  Minumlah air masak 3 liter sehari.

2.  Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.

BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH..

Wallaahua'lam..

Thursday, 25 July 2019

Jualan terus dari gudang biskut julies

Hari ni sahaja sehingga pukul 4 petang.

Lokasi kg dusun raja, daerah panji, kota bharu kelantan..

Pelbagai biskut kegemaran dengan harga kilang...

Thursday, 18 July 2019

Cara Mengundang Rezeki

7 CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH

Perkongsian dari Tuan Ir.Hj.Ezwan tentang cara mengundang REZEKI.

1. Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 10% dari jumlah pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.

2. Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali ditengah malam, dia mendatangi rumah orang miskin. Dia angkat sendiri makanan untuk diberikan pada mereka.

3. Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.

4. Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.

5. Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat Dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk bekerja, dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.

6. Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat Tahajjud, berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.

7. Ada yang mengundang rezeki dengan cara menanam pokok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen. Dan jika mengeluarkan buah, manusia dan haiwan2 juga dapat sama2 menikmatinya..

REZEKI mu bukan dari bossmu atau pelangganmu,

Tapi REZEKI mu dari Allah SWT..

Ayuh hari ini kita jemput rezeki dengan jalan-jalan yang Allah Redhai. Moga Allah redha dan sayang kepada kita semua..

Assalamualaikum.. 

Monday, 1 July 2019

Salam semua...

Sedar tak sedar terlalu lama dah tak tertulis entry... Nasiblah apabila kesibukkan melanda tiap2 waktu dan ketika...

Kadang-kadang dah tulis entry pun tak terpublish...

Banyak sangat cerita dalam hidup ini akhir - akhir ini...