Hi.... ! Anda pernah tak dengar pepatah melayu ini "Batu Yang Bergolek Tidak Akan Mengumpulkan Lumut". Adakah anda tau apa maksudnyer..? Pepatah melayu ini berkisarkan tentang kekayaan.
Maksudnyer batu itu adalah diri kita, dan lumut itu pula kekayaan, wang atau harta.
Keadaannya pula adalah di sungai, jika batu itu selalu dihanyutkan arus deras maka batu itu tidak akan berlumut. Kerana ia sentiasa bergolek-golek dari satu tempat ke satu tempat. Manakala jika batu itu hanya berada di satu tempat dalam tempoh yang agak lama, maka batu itu mesti sudah berlumut.
Contoh dalam kehidupan kita seharian ialah mengisarkan tentang alam pekerjaan. Di mana di satu-satu tempat atau syarikat yang kita bekerja, jikalau kita bekerja lama di syarikat itu, pasti ada kenaikkan gaji dan pangkat. Manakala jika kiter asyik bertukar-tukar kerja sahaja pasti kita tidak dapat faedah kenaikkan gaji dan pangkat itu. Mana tidaknyer jikalau tempoh prohibition pun belum habis, kita sudah bertukar kerja lagi.
Begitulah maksud pepatah melayu ini.... Yang mana pepatah ini memang amat-amat kena dengan saya. Saya sekarang memang sedang bertukar-tukar kerja. Berbagai-bagai kerja sudah saya buat. Berbagai pengalaman yang saya dapat. Tapi, bak kata pepatah melayu ini, saya belum mengumpulkan lumut...
Minggu depan saya akan memulakan satu kerja baru lagi. Ia adalah printing company di mana jawatan saya ialah graphic designer cum shop executive. Ini adalah kedai printing yang berada di tengah-tengah kotaraya, yang mana owner syarikat ini adalah dari Singapore.
Harapan saya cuma satu supaya semuanya berjalan lancar dan tiada seseorang dalam syarikat itu yang spoil. Hehe. Biasalah setiap mana-mana tempat itu mesti ada seseorang yang spoil. Saya cuma berharap saya dapat mengatasi segalanya. Dan saya juga berharap bahawa ini adalah kerja terakhir yang akan saya buat. Biarlah rezekiku di sini selama-lamanya. Amin...Kawan - kawan tolong doakan kesejahteraan saya. Amin
hai u. tahniah.. dah x dapat call no u tu. call or msg la me ur new number. #3137 shin
ReplyDeleteSy dh puas call awak. tp x angkat... huhu
Deletemsg me ur new number to 3137
ReplyDeletecall lg skrg...
ReplyDeletehmm ... x sempat. i x slalu check kat sini. email me ur number hoho4san@gmail.com ye? i nk jumpa u minggu ni if u ok. takecare
ReplyDelete