Pada Ahad minggu yang lepas 10 June 2012, aku mendaki Bukit Broga. Perjalanan untuk ke puncak memakan masa dalam 45 minit. Kami memulakan pendakian sekitar 5.30 am dan sampai ke puncak (pitstop pertama) pada pukul 6.30 am. Kerana di tengah - tengah perjalanan kami mengambil masa dalam 15 minit untuk berehat seketika.
|
Cerita lalang - lalang di pagi hari. |
Suasana yang agak gelap menyukarkan lagi perjalanan pendakian kami. Kami hanya bertemankan lampu suluh. Tetapi tidaklah terlalu sukar kerana Bukit Broga sudah mempunyai trek perjalanannya sendiri. Lalu amat mudah bagi kami untuk mendaki.
|
Kegelapan puncak Bukit Broga di waktu dinihari. |
|
Peace..! |
Kami tiba di Puncak Bukit Broga kira - kira jam 6.30 pagi, waktu dinihari yang amat sejuk dan udara yang segar. Jauh dari asap hiruk pikuk Kuala Lumpur. Amat menenangkan minda dan fikiran.
|
Pose bersama lalang - lalang |
|
Aku amat suka dengan lalang - lalang di sini. |
|
Lalang - lalang nie cantiklah |
Bukit Broga terletak di Semenyih bersempadan antara Selangor dan Negeri Sembilan di Malaysia, hanya dalam 45 minit drive dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Ketinggian Bukit Broga adalah kira - kira setinggi 390 meter, 1279 kaki atas aras laut, banyak permandangan yang sangat menarik dan indah. Ramai photographer yang sanggup mendaki hanya untuk mengambil panorama yang amat menarik ini.
Lalang - lalang yang amat menarik minat aku. Saya sangat suka lalang - lalang ini.
Saya amat suka sekali dengan lalang - lalang di sini. Lalang - lalang di sini amat cantik, secantik semulajadi. Ketinggian lalang - lalang ini adalah setinggi 3-4 kaki.
Tetapi sayangnya waktu pagi kami berada di sana cuaca di pagi itu mendung dan kami tidak dapat melihat matahari terbit. Nak pegi daki lagilah untuk melihat matahari terbit.
No comments:
Post a Comment