Awan berkabus dan berjelebu hari ini amat tidak menyenangkan mata. Permandangan dari jendela rumahku langsung tidak menampakkan menara Kuala Lumpur atau Menara Berkembar Petronas ( KLCC ). Lalu rancangan untuk berjogging pagi ini ku batalkan kerana cuaca dan udara yang tidak sesuai. Ia boleh membuatkan aku sesak nafas.
Lalu aku bergegas ke tempat keje, di mana hari ini aku bekerja setengah hari sahaja. Jarak penglihatan juga amat terbatas. amat berbahaya bagi pengguna jalan raya yang tidak terlalu terang penglihatannya.
Namun di tengah - tengah jalan menghala ke tempat kerja ku aku bertembung dengan Mini Cooper yang menjadi perhatian kami serumahku. Berwarna putih bercorak 33. Aku mengekorinya hingga ke susur keluar ke Cheras / Sungai Besi / KLiA.
Lalu aku meneruskan perjalananku ke tempat kerja, Hari ini semua lampu trafic sangat baik kepadaku apabila semuanya berlampu hijau tanpa sekejap pun aku berhenti. Lalu aku sampai ke tempat keje dengan jayanya.. Selamat.
No comments:
Post a Comment