Semua orang mempunyai hari-hari yang istimewa di dalam kehidupan mereka. Hari yang amat bermakna untuk diraikan bersama. Kebiasaannya antara hidangan makanan yang mesti selalu ada di hari-hari istimewa ini atau majlis ialah kek,! Bisou mempunyai berbagai jenis kek yang cantik, menarik dan sedap rasanya untuk menjadikan hari-hari yang istimewa ini lebih indah dan bermakna dengan makanan yang sedap dan menarik.
Tiada lagi kerisauan tentang kek yang mana harus dipilih, buatlah pesanan dengan memilih dari aneka jenis kek dari Bisou dan boleh meraikan hari istimewa anda tanpa perlu meragui dan bimbang tentang hidangan kek anda.
Bisou mempunyai berbagai aneka jenis kek, cupkek, dan biskut yang sesuai untuk segala jenis majlis dan perayaan dan semua peringkat umur.
Raikanlah hari perayaan, majlis hari jadi, perkahwinan, sambutan ulang tahun dan berbagai majlis keramaian dengan segala aneka kek dari Bisou yang berwarna warni dan sedap rasanya dengan hiasan yang cantik dan menarik mengikut segala tema yang diperlukan.
Bisou Bake shop membuka pintu perniagaannya pada bulan Jun 2007 di Heritage Row, Kuala Lumpur, Ia menjadi terkenal kerana nikmat rasa cupcake di Kuala Lumpur. Dari kedai yang kecil Bisou meluaskan perniagaanya dengan berpindah ke Bangsar Village dan membuka kedai keduanya di KLCC.
Bisou Bake shop mementingkan keenakkan rasanya disamping corak hiasan bagi menambahkan lagi keanggunan kek dan cupcakenya. Mempunya 13 jenis perasa cupcake dan tambahan pada "cupcake of the month" memang amat menarik citarasa masa kini. Di Bisou pembuatan cupcake adalah satu seni dan sebagai bukti ia terpahat pada setiap hiasan kek dan cupcake.
Lot F-30, 1st Floor, Bangsar Village,
1 Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru,
1 Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur
Tel: 03 2287 3535
KLCC
Lot K-35, Level 3,
Suria KLCC,
50088 Kuala Lumpur
Tel: 03 2166 5525
No comments:
Post a Comment