Pada akhir Januari lalu, saya melawat Thailand, Hat Yai. Ada satu yang menarik minat saya di sini. Iaitu gajah yang dibawa dan dinaiki ke hulu dan ke hilir pagi mencari wang. Mungkin ini adalah cara pendapatan mereka bagi mencari sesuap nasi. Tapi bagi pendapat saya, saya amat kasihan melihat gajah itu berjalan ke hulu dan ke hilir.
Mereka yang membawa gajah itu menjual tebu yang dipotong dengan harga THB 100, Kalau duit kita adalah dalam MYR 9.90. Selepas membeli tebu itu, kita berpeluang memberi makan kepada gajah itu dengan tangan kita sendiri.
Memang seronok apabila kita berpeluang memberi makan kepada gajah itu tetapi yang amat menyedihkan ialah tebu itu tidaklah segar, seperti sudah berhari-hari dipotong. Gajah itu pula seperti kelaparan, apabila saya membeli sebanyak 10 bungkus, gajah itu seperti masih belum cukup makan. Tengok badanlah gajah itu besar tebu itu pula memanglah sikit dan tidak mencukupi...
Saya amat menyukai gajah, seperti Teriang di Zoo Negara, tetapi tidak berpeluang memberi makan kepadanya...
Tengoklah nanti, jikalau ada kesempatan untuk ke Thailand lagi, akan saya beri makan kepada gajah - gajah itu lagi.
gajah!!!! tak sabr nak update part backpacking thailand!
ReplyDeleteCepat Updated.... Ini pun dah 3 bulan baru sempat nk updated.. he he
ReplyDeleteBesarnye gajah.Tingin myra nak pegang. hihi :')
ReplyDeleteMyra... kat Zoo NEgara ada, Nama dia Teriang, tapi x leh pegang, sebab dia jauh di pagar..
ReplyDeleteerr kalau la gajah tu mengamuk ....ngeee
ReplyDeleteDia x gigit... jgn risau... Gajah nie penyayang.. :)
Delete