Feel It

Friday 24 February 2012

My First Sunway Lagoon



Hi... Nama saya Hetty Hernani Maidin, Umur dah 29 tahun pada tahun 2012 nie.Saya berasal dari selangor, dari kecil memang x pernah pegi Sunway Lagoon ni. Saya study di Shah alam dari tahun 2004. dan mula tinggal di Kuala Lumpur / Petaling Jaya dari tahu 2009. Sebab saya tinggal dia sempadan KL / PJ...
Ombak buatan yang sangat menarik, ada bunyi
amaran sebelum ombak itu keluar.


Tapi, ... tak pernah sekalipun saya jejakkan kaki di Sunway Lagoon ni, orang lain dah berkali - kali pegi kot.. he he 

Boleh di katakan kuno kot pada sesiapa yang duduk di KL / PJ / SHAH ALAM tapi tidak pernah menjejakkan kaki ker Sunway Lagoon...

Ha ha ha, kelakar. So pada semua pemestautin tetap Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah alam, Puchong dan yang seangkatan dengannya sila-silalah jejakkan kaki anda ke Sunway Lagoon ni yang terletak di alamat . Dekat jer kot, dari KL ke Sunway Lagoon ni dalam 15 minit.

Sebab apa tak pernah pegi, mungkin saya tak ada masa, dulu study, lepastu start keje, lepastu bz..lepas tu, lepas ni.. banyak sangat alasan he he he. Hemmm, agak agaknyer lah apa yang paling best kat sunway lagoon nie... lets check it out..!

Infront of  Scream Park.
Sunway Lagoon ialah Asia's Best Attraction ( multi-award winning attraction is recognized by the International Association of Amusement Parks and Attractions (IAAPA) as Asia's Best Attraction untuk empat tahun berturut-turut (2007 – 2010). Ianya terletak di 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, Petaling Jaya, 

Sunway Lagoon terbahagi kepada beberapa taman yang sangat menarik dan menyeronokkan, ada 5 kesemuanya iaitu :


1.Asia's Best Water Park, - Rasai keseronokan dan ketenangan permainan air di bawah cahaya matahari tropica.

2. Scream Park - Pengalaman yang menakutkan mungkin sehingga rambut kembang seperti awan nano nano kerana menjerit ketakutan. :)

3. Amusement Park - untuk merasai permainan yang mencabar.

4. Extreme Park - kalau nak merasai rasa bagaimana jantung anda berdegup dengan cepat.

5. Wildlife Park - bermanja dan mendekati cara hidup binatang seperti zoo.

Kelima - lima taman ini semua di bawah satu tempat, amat menarik dan penuh dengan keseronokkan sesuai untuk keluarga bersuka ria dan bergembira.

Satu hari bagi saya tidak mencukupi untuk menghabiskan semua permainan ini kerana ia mempunyai lebih dari 80 permainan dan xtiviti yang menarik dan best..!

Saya paling seronok mencuba semua permainan air di Sunway lagoon ini. Sehari, memang tak cukup masa. 

Lebih-lebih lagi kalau datang pada masa cuti sekolah atau public holiday, orang terlalu ramai dan kene berbaris panjang. 

Datang dengan baju kering mesti basah kuyup, so anda jangan lupa bawa baju yang lain. Jangan risau segala kemudahan di Sunway Laggon ini amat lengkap, juga terdapat coin locker untuk anda simpan semua barang - barang anda dan ianya di jamin selamat.


Haaaaaa,,,,, ni satu lagi, saya nak bagi tips, Kalau anda ingin mencuba semua permainan di sini, elakkan dari memakai seluar atau baju yang mempunyai zip atau besi - besi di tepi dan belakang seluar anda,   

Ini adalah bagi mengelakkan dari kecalaran pada gelongsor yang boleh mengakibatkan kadar kelicinan berkurangan.


Juga boleh mengakibatkan bahaya jika pelampung tercucuk serpihan tajam akibat calar yang tidak disengajakan berlaku oleh Zip seluar.
So daripada anda dicegah dari menaiki permainan ini, baik elakkan. :)




Keseronokkan yang telah saya lalui memang amat tidak terkata, percayalah, bagi sesiapa yang belum lagi menjejakkan kaki ke sini, silalah berbuat demikian. 


Ajaklah keluarga dan sahabat handai. Anda pasti gembira dan ingin kembali ke sini lagi.



So, untuk keterangan lanjut anda boleh lah melayari laman web ini www.sunwaylagoon.com, 
semua maklumat anda boleh dapati di laman web rasmi Sunway laggon... 


3 of me... :)
Verry Enjoyable momment... I will Come Back.. !!!






No comments:

Post a Comment