Feel It

Saturday 30 June 2012

I Am ...

I'm  a girl who needs a sense of security.
If I cant find a responsible man
Who can give me support,
I'd rather depend on myself.
Only then I will not feel hurt,
or cherish any hope.

Tuesday 26 June 2012

Dear Boyfriend 4,

Dear Boyfriend,



I may not be your first love, first kiss, first sight or first date,
But
 I just want to be Your last.



Your Last girlfriend,

Dear Boyfrend 3,

Dear Boyfriend ,


to say goodbye.

sebenarnyer dah ngantuk.. he he he

Dear Boyfrend 2,

True progress is not measured by words, but by actions alone.

As you said.. I found it true. When other people say it too. 
Ok Dear, I understand now.. 
Thanks...

Dear Boyfriend 1


Dear Boyfriend,


I do not want to see pictures of you with your ex-girlfriend.

Get rid of them please.


Sincerely,

current girlfriend.

SomeTimes..!

SOMETIMES,
YOU JUST HAVE TO
ERASE THE MESSAGES,
DELETE THE NUMBERS,
AND MOVE ON,
YOU DON'T HAVE TO 
FORGET WHO THAT
PERSON WAS TO YOU.
YOU JUST HAVE TO
ACCEPT THAT THEY
AREN'T THAT PERSON
ANYMORE. 

Friday 22 June 2012

Durian Bukit Broga Hills

Waaahhhh... Musim durian dah tiba. Sedapnyer... Durian setiap negeri adalah berlainan. Mengikut struktur tanah dan kandungan mineral di dalam tanah itu. Bukit bukau dan tanah landai mempunyai struktur tanah dan kandungan mineral yang bebeza.

Hari tu, selepas saya mendaki Bukit Broga, kami terus ke dusun Durian yang berdekatan dengan Broga Hills ini. Ini adalah Durian Kampung yang di tanam di kawasan bukit bukau. Rasanya memang Ummhhh.. Sedap.. !!! Rasa durian fresh... Segar dari ladang... 

Aku bersama kawanku melantak durian ini punyalah banyak... Malah Aunty yang menjual durian ini sangat baik hati. Lebih kurang tiga bakul di baginya dengan harga RM 90 jer... Murah betul.. Kalau nak ikut harga sebenar mungkin dalam RM 250. Memang Aunty ni baik.. Dia sudah dua keturunan berada di Kampung Broga ini. Pokok Duriannya pula sudah berumur lebih kurang 30 tahun. 

Tapi, yang paling best sekali, aku boleh pegi ikut Aunty ni pegi collect durian.. Memang best pengalaman memungut durian ini. seperti dusun durian itu aku yang punya. Ha ha ha.

Aunty Yang baik Hati.. 

Thursday 21 June 2012

We ....

We ....
We Like each other....
We Love each other....
We Care each other....
We Sayang each other...
And...
You say "u like me",
You say "you love me",
You say "you sayang me",
You also say "like you already know me for the long time, like we have a fate before".
But ....
I know and I realise,
I still don't have a safe place in your heart.
I'm not sure weather I have a special place in your heart.
Even u like me, even u love me, even u care me,
I know ....
You always care me,
You always call me everyday,
But I still worry what will be later.
I still worry what will happen between us.
I still afraid if someday I will lose u. I afraid one day I cant get you.
I afraid I cant hold you tight in my arm. Then you will away from me.
You will far far away from me...
I don't want my heart getting hurt.
I don't want to lose you.
I want to be with you forever...
I want you beside me forever...
If someday You gone,
If someday I lose you,
I don't know if I still have a brave to stay alive.

Saturday 16 June 2012

Today Kuala Lumpur - 16 June 2012

Awan berkabus dan berjelebu hari ini amat tidak menyenangkan mata. Permandangan dari jendela rumahku langsung tidak menampakkan menara Kuala Lumpur atau Menara Berkembar Petronas ( KLCC ). Lalu rancangan untuk berjogging pagi ini ku batalkan kerana cuaca dan udara yang tidak sesuai. Ia boleh membuatkan aku sesak nafas.

Lalu aku bergegas ke tempat keje, di mana hari ini aku bekerja setengah hari sahaja. Jarak penglihatan juga amat terbatas. amat berbahaya bagi pengguna jalan raya yang tidak terlalu terang penglihatannya. 

Namun di tengah - tengah jalan menghala ke tempat kerja ku aku bertembung dengan Mini Cooper yang menjadi perhatian kami serumahku. Berwarna putih bercorak 33. Aku mengekorinya hingga ke susur keluar ke Cheras / Sungai Besi / KLiA. 

Lalu aku meneruskan perjalananku ke tempat kerja, Hari ini semua lampu trafic sangat baik kepadaku apabila semuanya berlampu hijau tanpa sekejap pun aku berhenti. Lalu aku sampai ke tempat keje dengan jayanya.. Selamat. 

Thursday 14 June 2012

Cerita Lalang - Lalang Broga Hills

Pada Ahad minggu yang lepas 10 June 2012, aku mendaki Bukit Broga. Perjalanan untuk ke puncak memakan masa dalam 45 minit. Kami memulakan pendakian sekitar 5.30 am dan sampai ke puncak (pitstop pertama) pada pukul 6.30 am. Kerana di tengah - tengah perjalanan kami mengambil masa dalam 15 minit untuk berehat seketika.
Cerita lalang - lalang di pagi hari.
Suasana yang agak gelap menyukarkan lagi perjalanan pendakian kami. Kami hanya bertemankan lampu suluh. Tetapi tidaklah terlalu sukar kerana Bukit Broga sudah mempunyai trek perjalanannya sendiri. Lalu amat mudah bagi kami untuk mendaki.

Kegelapan puncak Bukit Broga di waktu dinihari.
Peace..!
Kami tiba di Puncak Bukit Broga kira - kira jam 6.30 pagi, waktu dinihari yang amat sejuk dan udara yang segar. Jauh dari asap hiruk pikuk Kuala Lumpur. Amat menenangkan minda dan fikiran. 
Pose bersama lalang - lalang
Aku amat suka dengan lalang - lalang di sini.


Lalang - lalang nie cantiklah
Bukit Broga terletak di Semenyih bersempadan antara Selangor dan Negeri Sembilan di Malaysia, hanya dalam 45 minit drive dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Ketinggian Bukit Broga adalah kira - kira setinggi 390 meter, 1279 kaki atas aras laut, banyak permandangan yang sangat menarik dan indah. Ramai photographer yang sanggup mendaki hanya untuk mengambil panorama yang amat menarik ini. 
 Lalang - lalang yang amat menarik minat aku. Saya sangat suka lalang - lalang ini. 


Saya amat suka sekali dengan lalang - lalang di sini. Lalang - lalang di sini amat cantik, secantik semulajadi. Ketinggian lalang - lalang ini adalah setinggi 3-4 kaki. 


Tetapi sayangnya waktu pagi kami berada di sana cuaca di pagi itu mendung dan kami tidak dapat melihat matahari terbit. Nak pegi daki lagilah untuk melihat matahari terbit. 

For info of Bukit Broga http://en.wikipedia.org/wiki/Broga .

Thursday 7 June 2012

My Lovely Diary.... Part 1

The first sms i receive from u is on the date of 21-May-2012. 05:55:40pm.

Our first meet is on 27-May-2012 by 2:15 pm.

Our Second meet on lunch time is on Tuesday, 5 June 2012.

Our Third meet is on 6 June 2012. After lunch hour.

Last nite on Friday 8, June 2012 - U clear me all on the phone.

Cerita Pak Cik Teksi Episode 2

Hari ini aku naik teksi lagi... Aku lihat pakcik teksi kali ini macam baru balik sembahyang Terawikh saja dari masjid. Lengkap bersongkok dan berbaju melayu. Pakcik ini agak peramah orangnyer....

Hari ni aku tidak begitu sihat dan selsema. Terus pakcik bertanyakan kepada aku "adik selsema ker.,? Terus aku menjawab. "saya kurang sihatlah pakcik. Pagi tadi kena hujan."

"yerlah, cuaca sekarang tak menentukan dik, kejap panas, kejap hujan, adik kena banyakkan minum air suam," tambahnyer lagi. "baiklah pakcik, saya ni tidak tahan sejuk, kat office dah kena aircond, balik rumah saya langsung tak buka kipas pun. Mandi mesti nak air panas." jawabku pula.

"Bagus dik, mandi air panas ni boleh membuatkan kita nampak muda. Kira awet mudalah. Macam sauna tu... " Haaaaa, Pak Cik ni dah bagi aku petua pula.... Patutlah selama ini aku nampak muda, hehe. Aku memang suka mandi air panas. Sebab kalau nak suruh aku mandi air sejuk, jawabnyer mandi P.Ramlee lah aku. Hahahahaha..

So cerita pakcik teksi kali ini amat bermanfaat dengan petua yang amat berguna. Silalah mandi air panas...
Kita sambung cerita lain kali yer.