Feel It

Friday 22 June 2012

Durian Bukit Broga Hills

Waaahhhh... Musim durian dah tiba. Sedapnyer... Durian setiap negeri adalah berlainan. Mengikut struktur tanah dan kandungan mineral di dalam tanah itu. Bukit bukau dan tanah landai mempunyai struktur tanah dan kandungan mineral yang bebeza.

Hari tu, selepas saya mendaki Bukit Broga, kami terus ke dusun Durian yang berdekatan dengan Broga Hills ini. Ini adalah Durian Kampung yang di tanam di kawasan bukit bukau. Rasanya memang Ummhhh.. Sedap.. !!! Rasa durian fresh... Segar dari ladang... 

Aku bersama kawanku melantak durian ini punyalah banyak... Malah Aunty yang menjual durian ini sangat baik hati. Lebih kurang tiga bakul di baginya dengan harga RM 90 jer... Murah betul.. Kalau nak ikut harga sebenar mungkin dalam RM 250. Memang Aunty ni baik.. Dia sudah dua keturunan berada di Kampung Broga ini. Pokok Duriannya pula sudah berumur lebih kurang 30 tahun. 

Tapi, yang paling best sekali, aku boleh pegi ikut Aunty ni pegi collect durian.. Memang best pengalaman memungut durian ini. seperti dusun durian itu aku yang punya. Ha ha ha.

Aunty Yang baik Hati.. 

1 comment:

  1. Wow bestnye! Kt mana d exact loctn auntu ni.

    ReplyDelete