Feel It

Tuesday 9 October 2012

MENANGI HADIAH BERNILAI RM 64 000, Pencarian IKON VARSITI BH 2012 kinibermula!!

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai 
Ikon Varsiti BH 2012?
Hantarkan projek inovasi dan kreativiti anda untuk memenangi hadiah bernilai RM 64 000.
1 - 31 October 2012

Untuk information.....
Layari page Facebook ini, Hanya klick Di SINI


           

SYARAT- SYARAT PERADUAN IKON VARSITI BH 2012: 
1. Peraduan ini dibuka kepada semua pelajar IPTA/IPTS, Kolej Profesional MARA, Institut Kemahiran Politeknik, Kolej Komuniti atau setaraf kolej yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) serta mendapat keputusan PNGS 3.0 dan ke atas pada setiap semester sahaja. Sekurang-kurangnya setahun pengajian dan berusia antara 18 hingga 35 tahun.


2. Bagi kategori individu:
 a) Hanya 3 peserta dipilih bagi setiap kategori untuk melayakkan bertanding pada
     peringkat akhir.

 b) Peserta dikehendaki menghantar sijil pembabitan/kertas kerja/laporan dan gambar
     mengenai projek atau aktiviti dianjurkan yang disahkan bahagian Hal Ehwal Pelajar
     kolej atau universiti masing-masing.

 c) Peserta dikehendaki menghantar gambar berukuran pasport dan gambar penuh saiz 4R.

 d) Projek yang dijalankan mestilah pada sesi 2010/2011 dan 2011/2012 sahaja.


3. Bagi kategori berkumpulan:
  a) Hanya 3 kumpulan dipilih bagi setiap kategori untuk melayakkan bertanding pada
      peringkat akhir.
b) Kumpulan perlu menghantar sijil pembabitan/kertas kerja/laporan dan gambar
    mengenai projek yang dijalankan yang disahkan bahagian Hal Ehwal Pelajar kolej atau
    universiti masing-masing.

 c) Peserta dikehendaki menghantar gambar berukuran pasport dan gambar penuh saiz 4R.

 d) Projek yang dijalankan mestilah pada sesi 2010/2011 dan 2011/2012 sahaja.


4. Ikon Varsiti akan dinilai seperti yang berikut;
  a) 10 % (online)
  
  b) 10 % (surat khabar)

  c) 80 % (juri profesional)


5. Bagi setiap peserta individu atau berkumpulan hanya dibenarkan menyertai satu kategori yang dipertandingkan.


6. Peserta perlu bersedia untuk mengikut atur cara dijalankan BH.


7. Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan projek bagi kategori yang dipilih, tetapi MESTI menggunakan BORANG ASAL.


8. Penganjur berhak untuk menukar hadiah dengan barangan yang sama nilainya tanpa sebarang notis.


9. Keputusan penganjur muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan.


10. Borang yang tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat-syarat penyertaan akan dibatalkan.


11. Borang Penyertaan akan berada di dalam akhbar BH mulai 1 Oktober 2012 hingga 31 Oktober 2012.


12. Setiap penyertaan hendaklah diterima oleh penganjur sebelum atau pada 9 November 2012.


13. Kakitangan dan ahli keluarga terdekat kumpulan New Straits Times Press (NSTP) dan Media Prima (MPB), syarikat penaja dan penganjur Ikon Varsiti BH 2012 tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

No comments:

Post a Comment