Feel It

Wednesday 25 January 2012

Pernah Dengar tak Keropok Microwave..!

Pernah tak anda dengar pasal citer nie..? Mungkin ramai yang dah tau pasal ni.
sebenarnyer kiter boleh menggoreng keropok kering menggunakan microwave tanpa minyak..


sangat bagus untuk sesiapa yang sedang berdiet kerana keropok ini tidak menggunakan minyak untuk menggorengnya..


Rasanya juga berbeza, ini mungkin kerana kaedah atau cara masaknya berbeza. Saya sudah mencubanya,


Antara keropok - keropok yang boleh dimasak menggunakan Microwave  ialah Keropok Ikan, Keropok Sayur, Keropok Udang, dan macam - macam jenis keropok yang seangkatan dengannya..


Cara - caranya ialah dengan menyusun keping - keping keropok di dalam pinggan, set suhu dan minit di dalam microwave dan masak sehingga kembang seperti keropok yang digoreng menggunakan kaedah yang biasa iaitu goreng berminyak. Setting suhu yang saya buat ialah 500W selama 1 setengah minit.


Sebagai peringatan, mungkin suhu setiap microwave berbeza - beza dan ketebalan keropok itu juga berbeza - beza. Anda dinasihati supaya membuat sedikit experimen dengan mencuba tahap suhu microwave anda dengan meletakkan sekeping dua dahulu.

Selamat Mencuba ..! Selamat menikmati keropok yang sedap..!!

1 comment: