Feel It

Wednesday 2 May 2012

Oh Thailand Travel 03 - Plaza Lee Garden


WHAT,,,???? APA....? Plaza Lee Gardens, Hatyai meletup, Aku pernah menjejakkan kaki di sana akhir Januari lalu. Bila aku terdengar berita mengenai Plaza Lee Garden yang meletup akhir - akhir ini, aku seperti terkenang kembali semasa aku di sana dahulu.. Sukur semasa aku di sana tiada apa - apa musibah yang berlaku. 




31 Mac 2012, 1.00 PM waktu tempatan ( 2.00 PM waktu Malaysia), lalu letupan yang berlaku di aras bawah Hotel Plaza Lee Gardens telah mencederakan lebih 300 orang dan 5 orang meninggal dunia. Seramai 11 rakyat Malaysia tercedera. Kemusnahan dilaporkan sangat teruk. Aras bawah menerima impak yang tinggi kerana bom dipercayai meletup dari aras bawah. 

Plaza Lee Garden adalah sebuah hotel yang mempunyai Plaza membeli belah yang mempunyai barang - barang yang menarik dan murah harganya. Aku seronok sekali shopping di sana, 5 pasang kasut dan 3 bag sudah ku beli dan 2 pasang anting-anting, Selepas penat shopping, aku makan di McD dan di sana ada terdapat Pai Jagung. Memang sedap. Selepas itu aku sambung shopping lagi. Aku menghabiskan masa lebih kurang 8 jam di dalam plaza itu. Selepas itu aku balik ke hotelku dengan menaiki TUTTUT..

Namun bila sekarang melihat gambar - gambar yang disiarkan di dalam berita, aku berkata di dalam hati yang aku memang pernah menjejakkan kaki di sana 2 bulan lepas. Aku bersyukur kerana Tuhan masih sayangkan aku. Alhamdulillah.





No comments:

Post a Comment