Feel It

Thursday 17 May 2012

Selangor Heritage Photo Carnival 2012



Sudahkah anda bersedia untuk Karnival Fotografi yang terhangat di atas jambatan?

26 Mei 2012.

9 pagi -9 malam
Jambatan Kota, Klang
Jalan Jambatan Kota
41200 Klang, Selangor, Malaysia

12 Jam keriangan tanpa henti…
Mari beramai-ramai merasai keunikan warisan Bandar Diraja Klang!!!


Heritage Walk Photo Hunt 
Berpandukan kepada peta dan soalan yang diberikan, jurugambar bergerak dalam kumpulan masing-masing untuk melengkapkan jawapan dengan merakam gambar yang merangkumi warisan di Bandar Diraja Klang.
Wang tunai berjumlah RM3800 dan hadiah untuk dimenangi.
*Dianjurkan oleh Nikon Malaysia




Pertandingan Susun Atur Gambar
Pengunjung berpeluang menyusun atur gambar Selangor untuk melengkapkan teka-teki dan merasai kegembiraan pertandingan di atas jambatan untuk memenangi hadiah premium. Acara ini adalah percuma.



Pertandingan Mewarna Bingkai Gambar
Hadiah akan diberikan kepada penyertaan yang paling kreatif mewarna bingkai gambar
Wang tunai berjumlah RM1000 untuk dimenangi




Clickrrr! Race on the Bridge
2 orang ahli sekumpulan akan bersaing dengan peserta kumpulan lain menjawab soalan yang diberikan. Jika peserta kumpulan telah menjawab soalan dengan betul, mereka akan diberikan set soalan seterusnya. Kumpulan yang terpantas dengan jawapan yang paling kreatif dan betul berpeluang memenangi hadiah yang menarik.

Wang tunai berjumlah RM2200 untuk dimenangi




Pertandingan Karnival Solekan
Jurusolek mempamerkan kreativiti mereka dalam Pertandingan Karnival Solekan. Selain daripada itu, jurugambar boleh merakam imej-imej peragawati menawan dalam suasana karnival.

Wang tunai berjumlah RM4100 dan hadiah untuk dimenangi




Pertandingan Merakam Imej Model Karnival
Jurugambar boleh merakam peragawati menawan dalam solekan bertemakan karnival.

Wang tunai berjumlah RM1900 dan hadiah untuk dimenangi



Pameran Fotografi
Pameran fotografi diadakan di atas Jambatan Kota warisan Klang yang mempunyai sejarah setengah abad. Tema adalah “24 hours moment of Selangor”




Jualan barangan Fotografi
Dapatkan jualan peralatan dan aksesori fotografi di kaunter jenama pilihan anda.



Perhimpunan Persatuan Fotografi
Berkongsi pendapat dan pengalaman berharga dengan NGO dan persatuan fotografi.



Persembahan seni budaya, Seni Jalanan, Magik, Badut
Kecapi peluang untuk merakam imej persembahan yang dipertontonkan



Pertandingan Tema Pesta Ceria Keluarga
Keluarga yang berkunjung semasa karnival berpeluang merakam gambar keriangan mereka dan melekatnya di papan keriangan. Hadiah akan dianugerahkan kepada keluarga yang berjaya merakam imej ceria.




Sesi Rakaman Model
Pertandingan merakam imej peragawati yang menawan semasa karnival dan mencetaknya di kaunter. Pemenang akan dianugerahkan hadiah yang menarik.
Wang tunai berjumlah RM1900 dan hadiah untuk dimenangi 


Pertandingan Beli & Menang
Beli gadjet atau peralatan fotografi semasa Selangor Heritage Photo Carnival dan berpeluang memenangi hadiah dalam Pertandingan Beli & Menang. Kamera DSLR, kamera kompak, beg kamera, tripod dan aksesori kamera antara hadiah yang perlu anda menangi. Dengan setiap pembelian RM50 & keatas (dalam 1 resit), anda berpeluang untuk menyertai pertandingan ini.


Lukisan Muka Kanak-kanak
Aktiviti ini untuk kanak-kanak. Hanya melawat gerai dan menunggu untuk lukisan muka. Nikmati keriangan karnival dengan aktiviti yang menarik!


Senamrobik
Mari ramai-ramai sertai senamrobik di Pengkalan Batu Klang


Klang Heritage Fun Ride
Tunggang basikal ke kawasan warisan Klang dengan laluan dari Pengkalan Batu Klang - Jalan Stesen - Galeri Diraja - Jalan Tengku Kelana - Masjid India - Pengkalan Batu Klang. (T-shirt percuma akan diberikan kepada 100 orang pertama yang mendaftar pada pagi tersebut)


Boat Parade
Bot dihiasi dengan cantik berlayar di sungai Klang. Peminat fotografi berpeluang merakam pemandangan indah sepanjang sungai Klang pada 8.30 malam di Jambatan Kota Klang.


Pertandingan Motosikal Klasik
Pertandingan ini diadakan selaras dengan tema program Selangor Heritage Photo Carnival. Malah motosikal ini mempunyai nilai0nilai estetika tinggi untuk dikekalkan.


Kategori motosikal klasik
Lambreta
Honda
Vespa
BSA/Triump
Retro

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.pcp2u.my atau emel kepada shpc@pcp2u.my




Jalan Jambatan Kota
41200 Klang, Selangor, Malaysia

No comments:

Post a Comment