Feel It

Saturday 21 July 2012

Oh Jakarta Travel Day 4 - Bandung

Hari ke-empat, Jakarta ditinggalkan, ku berangkat ke Bandung.


Dengan menaiki train yang mengambil masa lebih kurang 3 jam dan menelan ongkos sebanyak RP 60,000. Memang merupakan satu perjalanan yanga amat selesa. Sila ambil exsecutive class untuk layanan first class dan keselesaan yang amat amat selesa.


Biasanya kalau naik mobil (kereta), memakan masa dalam 2 jam. Tapi ongkosnya (tambang perjalanan) amat- jauh berbeza. Berlipat kali ganda. Tidak mengapa sekiranya lewat sejam tapi berbaloi dan dapat berjimat juga. Lebih baik guna wang itu untuk shopping-shopping. Hehehe.

Saya memulakan perjalanan pada pukul 8:25am. Dengan menaiki Train Agus Parahyangan terus ke Bandung dan hanya berhenti di satu station, untuk menurunkan penumpang sebelum berhenti di station yang terakhir iaitu Station Bandung. Perjalanan yang melalui denai-denai, kawasan berbukit dan berbukau serta sawah padi yang menghijau sangat indah dapat dilihat sepanjang perjalanan ini. Train ini juga melalui kawasan kampung-kampung. Dapat dilihat juga cara hidup rakyat jelata indonesia.

Di dalam train juga ada disediakan makanan dan minuman, pemesanan makanan akan dilakukan oleh staff yang sangat peramah dan harga makanan juga amat berbaloi. Manakan tidak, saya makan nasi goreng ayam istimewa hanya RP 13,000 dalam RM 4.40, sangat murah dan berbaloi.

Train Agus Parahyangan tiba di Bandung pada pukul 11:20 am. Sampai saja di Bandung, Pak Supir sudah menunggu untuk membawa saya ke tempat penginapan iaitu di Galeri Ciumbuleuit hotel & apartment di Dago, Bandung. Selepas urusan chek-in selesai saya terus masuk ke bilik, beg dibantu oleh pekerja hotel untuk dibawa ke bilik.
Selepas itu, saya terus melawat ke ladang strawberry, then saya ke Pasar Baru Bandung dan terus ke Rumah Mode. Apalagi, shopping laaaa..! Bestnyer....

2 comments:

  1. Tq sudi follow.. dah follow sini juga.. keep in touch ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq, juga..
      Ps/ soalan susah nk cari lah.. hehehe :)

      Delete