Feel It

Thursday 29 March 2012

10:00PM at Sungei Wang Plaza

Sekitaran jam 10:00pm, aku masih disini, di depan Sungei Wang Plaza menikmati neon-neon malam yang bergemerlapan.

Kehijauan neon Lot 10 cukup menyerikan ditambah lagi dengan neon-neon lain yang masih terang benderang menyala dengan megahnya... Berpusu - pusu orang ramai masih lagi berkeliaran, kelihatan seperti baru sahaja selesai membeli-belah kerana di kiri dan kanan mereka menjinjing beg-beg plastik.

Pemandu - pemandu teksi pula masih beratur dan memanggil - manggil orang yang lalu lalang di depan mereka dengan lambaian senyum manis sambil bersuara "Teksi...!" bahkan tidak jemu bersuara dan memanggil demi untuk mencari rezeki.

Monorail pula masih beroperasi, ramai yang memilih untuk menggunakan pengangkutan awam ni kerana terhindar daripada kesesakan lalu lintas.

Sekali - sekala penunggang motosikal yang ingin menunjukkan aksi mereka melalui jalan depan sungai wang ini.. Mereka memulas - mulas minyak mereka bagi mengeluarkan bunyi - bunyi nyaring yang dianggap unik dan memuaskan hati bagi mereka...

Orang ramai masih berpusu-pusu keluar dari pusat membeli belah, kelihatan sekarang sungguh ramai sekali pelancong - pelancong asing dari tanah arab. Sememangnya inilah waktu mereka melawat Malaysia.

Oklah, aku mahu meneruskan perjalananku mencari detik - detik indah untuk kucoretkan di sini. Di halaman Blog ku ini.

Sekian

No comments:

Post a Comment