Feel It

Tuesday 27 March 2012

Dalam Hidup Ini, 27 Maret 2012

Jikalau di dalam kehidupan kita tidak mempunyai matlamat atau arah yang perlu dituju, dikuti dan dipegang teguh bersama - sama, sehaluan dengan keimanan dan kerohanian, maka kita mungkin tergolong di dalam orang - orang yang kehilangan. Orang yang masih lagi mencari - cari arah tujuan perlu dibimbing dan disarankan tetapi tidak boleh dipaksa atau disuruh mengikut kesemua yang diajar atau disuruh...
Sesungguhnya manusia yang dikurniakan akal dan fikiran tidak selalunya menggunakan akalnya spenuhnya dan sebaik - baiknya.
Walhal kita sudah tidak mempunyai masa dan waktu yang mencukupi untuk kita melengah-lengahkan perkara ini.
Tetapi, kenapa ya.,? Kenapa kita masih berada di takuk yang sama, tidak berganjak sedikit pun, untuk naik lebih tinggi apatah lagi... Huh!, jauh api dari panggang.
Mungkin kita masih selesa dengan apa yang kita perolehi sekarang. Kita masih suka dan tidak ada azam di dalam hati kita untuk mencari dan mendapatkan apa yang belum kita punyai.
Atau kita sudah redha... ? Atau kita malas berusaha.,? Atau sebaliknya.,?
Dalam hidup ini, jikalau kita masih lagi tidak mahu atau malas berusaha, maka kita tergolong di dalam orang orang yang rugi. Nescaya tiadalah kebaikkan untuk dirinya jika ia tergolong di dalam orang - orang yang rugi.

No comments:

Post a Comment